fbpx

Sindiket ‘job scam’ tumpas, 7 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli menunjukkan barang rampasan berkait sindiket penipuan pada sidang akhbar di Menara KPJ, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan operasi pusat panggilan yang menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan dalam talian dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Cyberjaya, Selangor pada 13 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, hasil serbuan, tujuh individu tempatan ditahan membabitkan lima lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 36 tahun.

“Kesemua yang ditahan berperanan sebagai operator pusat panggilan. Turut dirampas adalah tujuh kompunter riba, 11 telefon bimbit serta kunci dan kad akses,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

Ramli berkata, sindiket terbabit didapati terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran perkerjaan yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warganegara Hong Kong.

“Mereka berperanan untuk mengarahkan mangsa membuat tugasan-tugasan tertentu sebelum mendapatkan pulangan sebanyak 20 peratus dari jumlah wang dibayar.

“Sindiket ini telah menjalankan operasi kira-kira satu tahun dan menerima gaji RM4,000 setiap orang,” ujarnya.

Katanya, tiga daripada individu yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkait pelbagai kesalahan jenayah termasuk perjudian, dadah dan penipuan.

“Kesemua individu sudah dituduh di Mahkamah Majistret Sepang hari ini di bawah Seksyen 120(B)(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 417 dan 34 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI