fbpx

Pulau Pinang serah nama calon Yang Dipertua Negeri kepada PMO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan beberapa nama calon Yang Dipertua Negeri kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pertimbangan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, proses pelantikan jawatan tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara Seri Paduka Baginda, sama ada penyandang sedia ada akan dilanjutkan atau seorang calon baharu akan dilantik.

“Seperti yang kita tahu, Yang Dipertua Negeri dilantik untuk satu penggal selama empat tahun dan penggal ini akan tamat pada 30 April 2025.

“Kalau dilanjutkan, dia (penyandang) juga perlu melalui proses pelantikan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong, kalau tidak dilanjutkan, maka perlu satu pelantikan baharu, semua bergantung kepada Perlembagaan Negeri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, timbul desas desus mengenai nama-nama calon yang bakal menjadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Antara nama yang disebut bakal menggantikan Ahmad Fuzi ialah bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah menjalankan tanggungjawab dengan menghantar cadangan nama calon kepada PMO setelah mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI