fbpx

‘Tiada lagi hidangan berwarna-warni buat saya dan Sky’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura masih merindukan hidangan yang disediakan isteri tersayang, Allahyarham Akiko.

PETALING JAYA – Hampir sebulan pemergian isteri tercinta Allahyarham Akiko Okumura, usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura masih merindukan hidangan disediakan wanita tersebut.

Dalam masa sama, Ridzuan turut mengimbau kembali kenangan arwah isterinya yang suka melakukan kerja rumah tanpa bantuan suami.

“Tiada lagi hidangan berwarna-warni seperti ini untuk saya dan Sky.

“Arwah tak bagi saya tolong apa yang dia nak buat, dia suka buat sendiri.

“Sampaikan pinggang, mangkuk pun dia tak bagi saya cuci. Kalau saya buat juga, dia akan cuci balik,” katanya dalam TikTok.

Berkongsi lanjut, Ridzuan turut memaklumkan kebaikan arwah isteri yang tetap mengerjakan kerja rumah walaupun sudah mengupah pembantu.

“Pembantu rumah pun dia tidak mahu kecuali pada setiap hati Jumaat, itu pun hanya empat jam sahaja.

“Sebelum pembantu rumah datang pun dia akan pastikan rumah bersih. Pembantu cuma mop, sapu dan lap-lap cermin serta seterika baju.

“Selebihnya semua arwah yang buat. Mulia sungguh hati arwah. Sebelum pembantu datang, dia akan sediakan makan dan minum untuk pembantu,” jelasnya.

Rata-rata netizen turut terkesan dengan pemergian Akiko dan menyanjungi keperibadian wanita Jepun itu.

“Hebat dan sempurna arwah isteri awak, jannah tertinggilah tempat dia. Saya suri rumah, masak saja dah penat apatah lagi nak susun makanan cantik-cantik,” ujar pengikut.

“Sedih tengok video ini, kami pun rindu Akiko lagi-lagi bulan Ramadan awak selalu siaran langsung kejut Sky dan tunjuk makanan arwah isteri,” jelas peminat.

Akiko, 51, meninggal dunia di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari lalu tanpa dinyatakan punca ketika itu.

Beberapa hari kemudian polis mengesahkan arwah adalah wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium seperti dilaporkan media sebelumnya.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, perkahwinan Ridzuan dan Akiko pada 2009 dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Sky Taizo Okumura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI