fbpx

45 warga asing dihalang masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian warga asing yang dilarang masuk ke Malaysia di KLIA semalam.

SEPANG – Seramai 45 warga asing dihalang dari memasuki Malaysia kerana gagal memenuhi syarat kemasukan dalam satu operasi yang dijalankan selama tiga jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan berkata, operasi dijalankan agensi itu tertumpu di balai ketibaan antarabangsa melibatkan sejumlah 115 warga asing yang diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati seramai 36 warganegara Bangladesh dan sembilan lelaki warganegara Pakistan dikesan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini.

“Mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Unit Pemantauan bagi tujuan siasatan, di mana pihak berkuasa memutuskan mereka tidak dibenarkan mendarat.

“Operasi tersebut bertujuan memastikan pematuhan terhadap Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen (ATKPI), Arahan Pentadbiran, serta arahan-arahan semasa,” katanya hari ini.

AKPS berkata, operasi berkenaan berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

AKPS terus komited dalam memastikan kawalan keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan imigresen di KLIA sentiasa dipertingkatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI