fbpx

Pak cik tampar pemuda bukan Muslim dituduh semula petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah pada Ahad lalu akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru petang ini.

PUTRAJAYA – Lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah pada Ahad lalu akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru petang ini.

Peguam Negara, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, susulan kes tular itu, Jabatan Peguam Negara berpuas hati suatu pendakwaan wajar dikenakan terhadap individu tersebut.

“Semasa prosiding hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru, terdapat isu teknikal berkaitan pertuduhan yang difailkan terhadap individu terbabit.

“Isu teknikal melibatkan pertuduhan telah diatasi dan individu terbabit akan dituduh semula di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada petang ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Jabatan Peguam Negara komited untuk memastikan semua pihak memperolehi keadilan yang sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) lelaki warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim terbabit.

Keputusan itu dibuat Majistret A. Shaarmini selepas pendakwaan memaklumkan untuk mengklasifikasikan kes tersebut sebagai DNAA untuk dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya ketika prosiding sedang berlangsung.

Terdahulu, orang kena saman (OKS), Abdul Razak Ismail, 65, telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan, namun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan jurubahasa.

Sehubungan itu, Shaarmini menolak pengakuan bersalah OKS dan memerintahkannya untuk melantik peguam bagi membela diri.

Bagaimanapun, sebelum tarikh ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam memaklumkan pihaknya menerima arahan untuk merujuk kes tersebut kepada ibu pejabat AGC.

Majistret kemudian memerintahkan kes itu di DNAA terlebih dahulu dan akan dituduh semula pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI