fbpx

Insiden tampar pemuda bukan Islam makan di bulan Ramadan perlu dihentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menegaskan, insiden seorang pemuda bukan Islam ditampar kerana makan pada bulan Ramadan perlu dihentikan serta-merta.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, insiden seorang pemuda bukan Islam ditampar kerana makan pada bulan Ramadan perlu dihentikan serta-merta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berpendirian, tindakan seperti itu bertentangan dengan semangat perpaduan dan keharmonian negara.

“Apa gunanya kita bicara soal Islam serta keindahannya terutama di bulan Ramadan sekiranya ia tidak membina kekuatan dalaman dan menjauhkan kita dari sikap yang bengis dan mengancam keamanan dan kerukunan.

“Isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan bangsa ini boleh dielakkan jika semua pihak patuh dan komited mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain bagi membina sebuah negara yang bertamadun,” kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada sidang akhbar harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Baru-baru ini satu rakaman video memaparkan seorang pemuda bukan Islam ditampar seorang lelaki berusia 65 tahun kerana didakwa makan secara terbuka pada bulan Ramadan di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru tular di media social.

Warga emas berkenaan, Abdul Razak Ismail didakwa di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Mahkamah Majistret Johor Bahru namun melepas tanpa membebaskan (DNAA) warga emas berkenaan selepas dia mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam memaklumkan mendapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI