fbpx

Kapal kargo bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal kargo yang ditahan Kapal Maritim Gagah APMM yang ditahan di kedudukan 24 kilometer barat laut Pulau Jarak di Lumut semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Sebuah kapal kargo dari negara asing yang bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 24 kilometer barat laut Pulau Jarak di sini ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada pukul pukul 3.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda warganegara Mesir bersama seorang kru dari Rusia, dua dari Ukraine dan 17 lagi dari Filipina.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kapal tersebut gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut dan tidak melaporkan ketibaan mereka di perairan Malaysia.

“Kes ini disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, serta kesalahan gagal melaporkan ketibaan yang boleh dikenakan denda sehingga RM5,000,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dua kru kapal berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut.

Dalam insiden berasingan, Mohamad Shukri berkata, bot ronda APMM Perak juga telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang didapati melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan larangan.

“Selain itu, pemeriksaan lanjut juga mendapati dokumen pengenalan diri awak-awak vesel yang terdiri daripada tiga orang dari Myanmar termasuk tekong adalah diragui.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63, dengan vesel, hasil tangkapan, dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi siasatan lanjut Pegawai Penyiasat APMM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI