fbpx

Budak 7 tahun parah, adik melecur main mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua beradik yang cedera dengan salah seorang daripadanya parah akibat bermain mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang malam tadi.

KUALA NERANG – Dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun masing-masing cedera selepas bermain mercun bola di rumah mereka di Kampung Baru, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, mangsa berusia tujuh tahun cedera parah, manakala adiknya melecur pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.32 pagi.

Katanya, laporan itu diterima selepas pegawai perubatan menerima kedua-dua mangsa yang dikejarkan ke Zon Merah, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada pukul 9.30 malam tadi.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada pukul 8.15 malam tadi di sebuah rumah di Kampung Baru.

“Semasa kejadian, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut menyatakan mereka tidak menyedari dua beradik tersebut bermain mercun di luar rumah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mercun dipercayai jenis bola itu dikatakan diperoleh daripada rakan sekampung.

“Hasil temu bual, kanak-kanak itu menyatakan dia menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi letupan di luar rumah sebelum bergegas keluar dan mendapati dua anaknya cedera. Sementara bapa dua beradik tersebut pula tiada di rumah semasa kejadian,” katanya.

“Mangsa yang parah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HSB,” katanya.

Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Difahamkan, kes kecederaan akibat mercun adalah yang pertama di Kedah sepanjang Ramadan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI