fbpx

Kelirukan fakta ekonomi wajar dianggap jenayah, perlu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad

PETALING JAYA – Mana-mana pihak atau individu yang mengelirukan tentang fakta ekonomi sepatutnya dianggap sebagai penjenayah dan perlu didakwa di mahkamah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, Malaysia sehingga hari ini tidak memiliki akta khusus mengenai perkara tersebut.

“Suntikan dana pinjaman RM1.1 bilion kepada Sapura Energy perlu diteruskan. Sepatutnya mereka yang mengelirukan fakta ekonomi boleh dianggap penjenayah ekonomi dan didakwa.

“Malangnya Malaysia tidak ada akta khusus mengenainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mohd. Puad berkata, pembangkang memang tidak akan bersetuju kerajaan menyuntik dana pinjaman RM1.1 bilion kepada Sapura Energy.

Dakwa beliau, jika Pakatan Harapan (PH) masih pembangkang, mereka juga akan membantah langkah kerajaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI