KKMM nafi J-KOM terlibat penerbitan poster tular
Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) iaitu sebuah jabatan di bawah KKMM terlibat dalam penerbitan poster yang dimuat naik di akaun Twitter Tangga Putra Perdana semalam.
KKMM dalam satu kenyataan berkata, penggunaan jata atas nama kementerian dan jabatan oleh pihak lain tanpa kebenaran merupakan tindakan yang tidak beretika.
“Tindakan itu juga disifatkan tidak bertanggungjawab serta menimbulkan kekeliruan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. – K! ONLINE