fbpx

Kanak-kanak lelaki hilang di medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang di di sebuah medan selera di Taman Seri Mawar, Seremban, Negeri Sembilan kelmarin.

Laporan kehilangan kanak-kanak warga tempatan yang dikenali sebagai Muhammad Haikal Baharuddin itu dibuat kira-kira 5.14 petang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengeluarkan hebahan pencarian melalui Nur Alert memaklumkan kali terakhir kanak- kanak itu dilihat memakai baju corak belang merah hitam dan berseluar sukan warna biru gelap.

“Ciri-ciri fizikal kanak-kanak itu digambarkan mempunyai ketinggian kira-kira 127 sentimeter, berat badan 30 kilogram, warna kulit hitam manis.

“Selain itu, kanak-kanak itu juga berbadan gempal, mata berwarna hitam dan rambut pendek berwarna hitam,”kata kenyataan itu di sini hari ini.- K! ONLINE

Justeru, orang ramai yang terlihat atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat, Sarjan Norseli Ibrahim di talian 019-3020511 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI