fbpx

Semua masjid, surau Jakim, Jawi diarah solat hajat untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Semua masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sepanjang bulan Ramadan sebagai tanda solidariti dan doa buat rakyat Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, umat Islam di seluruh negara juga diseru untuk bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin yang ditindas.

“Kerajaan Malaysia dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Israel yang terus mengingkari perjanjian gencatan senjata dan melakukan serangan tanpa perikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Pembunuhan 404 nyawa yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak, 562 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza ialah jenayah perang yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Na’im berkata, Malaysia kekal teguh dalam pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman ini.

Pada masa sama, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan keganasan rejim Israel serta memastikan keadilan bagi rakyat Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI