fbpx

3 maut, 2 cedera nahas 4 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut membabitkan empat kenderaan di KM 58.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di Pendang, awal pagi tadi.

PENDANG – Tiga maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer (KM) 58.4, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi itu, tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Saga BLM dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi mangsa yang cedera dikatakan menaiki pikap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 3.24 pagi.

Katanya, nahas dipercayai melibatkan sebuah kereta jenis Proton BLM, pikap dan dua buah lori.

“Sebaik tiba di lokasi, terdapat beberapa mangsa tersepit di dalam kereta. Anggota mengeluarkan mereka dengan menggunakan peralatan khas. Dua lagi mangsa dilaporkan cedera,” katanya hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan, susulan kemalangan itu, lorong kanan menghala utara telah dibuka, manakala lorong kiri masih ditutup setakat pukul 7.16 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI