fbpx

Pesawat Malaysia Airlines MH720 mendarat cemas akibat isyarat kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pesawat Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang tadi berpunca ekoran isyarat kebakaran.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada pukul 6.18 petang.

“Anak kapal bertindak pantas mengikut prosedur operasi standard, termasuk mengaktifkan ejen pemadam api di ruang kargo sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sejurus mendarat, pesawat dibawa ke kawasan berasingan sebelum semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, anggota bomba dan pasukan teknikal diarahkan untuk menilai situasi sebelum pintu kargo dibuka.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal menjadi keutamaan syarikat dalam memastikan pematuhan kepada standard keselamatan tertinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI