fbpx

‘Tengah sahur tiba-tiba siling runtuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah klip menunjukkan siling kedai serbaneka yang runtuh.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila siling tiba-tiba runtuh sewaktu sedang bersahur di sebuah kedai serbaneka di Kangar, Perlis.

Menerusi video tular di TikTok @CEO.DDkitchen, memaparkan sebahagian siling kedai tersebut jatuh di atas meja dan kerusi premis berkenaan.

Malah serpihan siling yang jatuh itu juga terkena kepala salah seorang ahli keluarga tersebut.

“Tengah sahur dekat kedai serbaneka Kangar Jaya, tiba-tiba siling runtuh, jatuh atas kepala,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai mencadangkan keluarga tersebut membuat laporan atau saman perniagaan kedai serbaneka tersebut.

“Kes paling senang menang, saman je, bawa pergi mahkamah, nanti peguam akan terangkan,” komen @ZACK.

“Please ambil tindakan, laporkan dan saman. Kalau tak ambil kita tak tahu in future ada sakit apa-apa punca dari ini, nanti menyesal di kemudian hari,” kata @IraNazhirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI