fbpx

Rakyat Malaysia imbau kenangan PKP, tak mahu ulang kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana sunyi di ibu negara sewaktu pelaksanaan PKP lima tahun lalu. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia mengimbau kembali pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pada tarikh sama hari ini kira-kira lima tahun lalu bermulanya episod baharu kehidupan bersama virus Covid-19.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata penduduk ‘merindui’ situasi tersebut, namun tidak mahu ia berulang kembali memandangkan pelbagai mimpi pahit dilalui berikutan perintah sekatan tersebut dan koronavirus.

“Selama PKP tu tenang je saya pergi kerja. Jalan raya hanya saya seorang pergi dan balik. Jumpa roadblock (sekatan jalan raya), tunjuk surat dan lepas,” kata pengguna TikTok, Wannsha yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Tahun 2020 anak saya darjah satu. Kasihan belajar online (pembelajaran dalam talian), masa tu baru nak kenal huruf. Dua tahun PKP, sekarang dia sudah darjah enam,” kata nickname 79.

“Saya berniaga brownies waktu PKP memang banyak sangat tempahan. Walaupun orang tak keluar bekerja, tapi masing-masing berduit. Macam-macam bantuan dapat,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

“Paling sedih orang lain bersama keluarga, kami di sektor kesihatan bekerja untuk bagi perkhidmatan. Nak balik rumah takut bawa wabak (Covid-19) kat keluarga,” kongsi Cik Misi.

“Kilang-kilang banyak henti operasi dan udara pun jadi bersih semula walaupun sekejap. Mungkin ada hikmah di sebalik PKP,” ujar Azmeer Izhar.

Pelaksanaan PKP berkuat kuasa di seluruh negara bermula 18 hingga 31 Mac 2020 selepas diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Perintah sekatan itu kemudian dilanjutkan sehingga 14 April 2020 berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI