fbpx

Jenazah 2 beranak nahas treler selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak perempuan Abdul Aziz, Nur Atiqah Qistina, 17, dan Nur Ain Umairah, 11, membaca doa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai Lama di Pendang, malam ini.

PENDANG – Jenazah dua beranak yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 331.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Tapah, Perak hari ini selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Jenazah Abdul Aziz Shafie, 45, dan anaknya, Muhammad Alif Hakymie, 23, dikebumikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Tai Lama, dekat sini.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir dua beranak tersebut.

Terdahulu jenazah kedua beranak itu dibawa dari Hospital Tapah kira-kira pukul 5 petang tadi menggunakan van jenazah ke Kampung Pokok Tai Lama.

Kosmo! hari ini melaporkan dua lelaki mati terbakar dalam kemalangan membabitkan dua treler masing-masing membawa muatan pasir dan kapas di KM 331.8 Lebuh Raya Utara-Selatan pada pukul 7.46 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berlaku kebakaran melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan kapas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI