fbpx

31,000 veteran ATM dapat bantuan RM500 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika menyantuni veteran pada program PVM di Kuala Langat hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA LANGAT – Seramai 31,000 veteran termasuk tidak berpencen yang berusia 60 tahun ke atas mendapat bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan bagi membantu kehidupan mereka.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, ini secara langsung akan membantu mereka mempunyai pendapatan seterusnya membantu menyelesaikan masalah dan isu sosial di kalangan veteran tersebut.

Menurutnya, golongan berpencen yang dibawah paras kemiskinan turut dibantu dengan bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

“Bagi veteran tak berpencen, memang kita ada skim baharu kepada 60 tahun ke atas di mana mereka akan diberikan bantuan sara hidup RM500 sebulan.

“Jadi, secara tak langsung kita boleh menyebut semua veteran sekarang ini mempunyai pendapatan untuk mereka memulakan kehidupan seharian mereka sama ada berpencen atau tak berpencen,” katanya pada Program Peduli Veteran Madani (PVM) dan Majlis Iftar bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Beliau berkata, PVM diadakan bagi mendekati veteran ATM secara bersemuka sekaligus mengenal pasti keperluan sebenar golongan tersebut.

Ujarnya, ia juga bagi mendapatkan maklum balas terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan kementerian.

“Setakat ini, seramai 26 veteran iaitu masing-masing 15 dan 11 di Kuala Lumpur dan Selangor telah disantuni pihaknya.

“PVM peringkat Lembah Klang ini khusus diadakan bagi mendekati veteran ATM di kawasan bandar bagi mendalami cabaran kehidupan serta aspek kebajikan yang perlu diberi perhatian terutamanya kesihatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI