fbpx

Sistem pertahanan dunia sudah rosak – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem pertahanan dunia sudah rosak sehingga mengizinkan keganasan berlaku susulan serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri berkata, serangan dan keganasan masih berterusan meskipun masih dalam tempoh gencatan senjata.

“Sebenarnya kita tidak setuju bunyinya (gencatan senjata), sepatutnya menghentikan serangan ganas terhadap rakyat termasuk wanita dan kanak kanak khasnya.

“Sekarang ada usaha perdamaian tetapi pembunuhan (tetap) berterusan.

“Ini maknanya sistem pertahanan dunia ini sudah rosak. Keganasan itu diizinkan,” katanya ketika diminta mengulas berhubung serangan terbaharu yang mengorbankan lebih 300 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Malaysia mngutuk sekeras-kerasya kekejaman terbabit dan bersedia memberikan bantuan kemanusiaan ke negara itu.

“Kita akan berikan bantuan yang kita mampu dari aspek kebajikan dan kemanusiaan.

“Tapi apa yang sangat kita kesalkan (serangan) berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia. Tidak ada langsung perikemanusiaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI