PETALING JAYA – Dataran Putrajaya menjadi lokasi pilihan ramai untuk berbuka puasa, namun cuaca tidak menentu menyebabkan beberapa pengunjung terpaksa mencari tempat berteduh selepas hujan sebelum waktu berbuka.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna @Findahna, cuaca pada awalnya baik ketika mereka tiba, namun menjelang waktu berbuka, langit mula mendung sebelum hujan.
Dalam klip tersebut, mereka dilihat bergegas mencari tempat berteduh, namun tidak menyangka akhirnya berbuka puasa di atas pentas bersama seorang penceramah.
“Datang nak join ‘crowd’ je, tiba-tiba dapat jadi tetamu jemputan pula huhu,” seloroh pemilik akaun di ruangan kapsyen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian tersebut dan tidak menyangka mereka berpeluang berbuka sepentas dengan penceramah.
“Amalan apa lah dia dengan kawan-kawan dia buat sampai dapat naik berbuka dengan ustaz dekat atas stage,” komen @Wjwl0_.
“Makan atas pentas, orang tengah ceramah is ‘another level’,” seloroh @Ikitt_.
“Daripada juadah berbuka puasa kepada persembahan berbuka puasa,” balas @Iyeqalrudean.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 56,600 tanda suka, 356 komen dan 14,900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@dnldeno Serumpun Sign Language Dance Cover @MimiFly DC by : @arliana.mansor | @Joanne.D @Mimi #fyp #dancechallenge #serumpun #sabahan ♬ original sound – Deno