fbpx

Mindef kutuk serangan rejim Israel korbankan 8 Petugas Mapim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly ketika ditemui pemberita pada program PVM di Kuala Langat hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Kementerian Pertahanan (Mindef) mengecam sekeras-sekerasnya tindakan serangan udara rejim Israel sehingga mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di utara Gaza.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, kekajaman itu adalah sesuatu yang tidak boleh terima dengan kita mempertahankan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) memberikan khidmat dari segi perubatan dan bantuan kemanusian.

Katanya, ini juga tidak selari dengan semangat gencatan senjata yang dilaporkan telah bermula sejak 19 Jan lalu.

“Memang kita mengecam tindakan dilakukan Israel terutama kepada Gaza sehingga melibatkan nyawa NGO kita dan rakyat kita. Apabila berakhir gencatan, rejim Israel mulakan dengan pembunuhan.

“Kita tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan dan kita mengutuk dengan keras kekejaman yang dilakukan Israel terhadap Palestin dan kita takkan boleh terima,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan
Program Peduli Veteran Madani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Iftar Bersama Veteran ATM di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adly mengakui perkembangan terkini seterusnya mewujudkan beberapa cabaran baru
dalam proses penghantaran pulang
127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dirawat di negara ini sebelum ini.

Jelas beliau, pihaknya akan terus berkomunikasi dengan Kerajaan Mesir bagi memenuhi hasrat rakyat Palestin untuk pulang ke negara asal mereka.

“Memang kalau ikut pelan perancangan kita selepas gencatan senjata hari itu, mereka mahu pulang ke Gaza.

“Jadi kita kena bekerjasama dengan kerajaan di Mesir sebab pintu masuknya dari negara itu. Kita sedang tunggu maklum balas daripada Kerajaan Mesir bagi membolehkan mereka pulang ke Gaza,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI