PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda beberapa kawasan di Pahang dan Sabah sehingga jam 7 malam ini.
Antara daerah Pahang yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
“Di negeri Sabah, ia berisiko melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran), dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribu petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebih sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE