PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok meraih perhatian ramai apabila berkongsi video percubaannya memasak resipi pempengaruh khairul Aming tidak menjadi.
Menerusi video yang dimuat naik pemilik akaun @nazmiera10, sesi membuat sambal bertukar lucu apabila lesung batu yang digunakan terbelah dua.
Video tersebut turut menarik perhatian Khairul Aming sendiri yang merupakan pencipta kandungan ‘30 hari 60 resipi’ tersebut.
Rata-rata pengguna TikTok turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Apalah masalah batch tahun ni eh,” komen Khairul Aming.
“Jug pecah, mangkuk cocktail pecah, pengukus berlubang, yang ni lesung pulak terbelah 2. Allahu berat ujian KA tahun ni,” ujar @nryanalee_.
“Ini bukan batu belah batu bertangkup dah. Ini dah jadi batu belah sambal lingkup,” kata @uniequnchan.
“Ni kau masak ke kau mengamuk. Haahahaha,” kata @Topekz.
Sementara itu, seorang pengguna TikTok mengalami kejadian luar biasa apabila periuk kukus miliknya hancur ketika cuba menyediakan puding karamel.
Menerusi klip video yang dimuat naik oleh pengguna @Haninobee, puding karamel tersebut dikukus terlalu lama sehingga menyebabkan periuk kukus tersebut mengalami kerosakan.
“Tiada sebarang letupan berlaku, saya datang-datang eh dah macam gitu rupa dia, bau hangit pun tak ada,” tulis pemilik akaun tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan terkejut dengan kejadian tersebut, termasuk Khairul Aming sendiri.
“Bukan murid saya,” komen @Khairulaming.
“Ada letak bahan letupan ke dalam resepi tu,” kata @Nurulbalqis0925.
“Setakat ini, ini yang paling derhaka,” balas @Syiqinnf. – KOSMO! ONLINE
@nazmiera10 Gajus x sempat nak tumbuk laa🤣🤣 bile laki masuk dapur, trbelah dua lesung batu kite🤦🏻♀️ @Khairulaming ♬ original sound – liff