LIPIS – Kurang dua minggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, laluan susur masuk Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Kechau Tui terus dipenuhi sampah sarap akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya. Tinjauan Kosmo! mendapati, longgokan sampah seperti plastik makanan, botol minuman, lampin pakai buang dan lebih menjijikkan, botol berisi air kencing dibuang sesuka hati di bahu-bahu jalan. Bau busuk dan hancing turut memenuhi kawasan terbabit, mencacatkan pemandangan serta menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna lain. Difahamkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

