fbpx

Budak lima tahun pimpin ibu buta cari sesuap nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH menyayat hati Hatta dan ibunya, Nurmilis dikongsi di laman Instagram @nenk_update. – INSTAGRAM

JAKARTA – Gambar seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menjadi pemandu arah dengan memimpin tangan ibunya yang cacat penglihatan tular di laman sosial dan menyentuh hati banyak pihak, lapor portal berita Suara.com kelmarin.

Keprihatinan kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Muhammad Hatta dari Jambi itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Instagram menggunakan nama akaun @nenk_update pada Rabu lalu.

Berdasarkan dua keping gambar yang tular, anak kecil itu dilihat berjalan sambil memimpin tangan ibunya, Nurmilis yang buta. Lebih menyentuh perasaan, kedua-duanya dilihat memakai baju lusuh dan kotor.

Berdasarkan komen netizen, ada yang mendakwa bahawa Hatta telah ditinggalkan ayahnya sejak dia masih kecil, manakala ibunya pula cacat penglihatan sejak kanak-kanak itu masih dalam kandungan.

“Setiap hari, Hatta akan menjadi penunjuk arah dengan memimpin tangan ibunya ketika mereka keluar mencari sesuap nasi.

“Hatta juga biasa tidur beralaskan kotak terbuang dan hanya menjamah makanan seadanya,” ungkap status yang dimuat naik @nenk_update.

Rata-rata, netizen tersentuh hati selepas membaca tentang kisah hidup kanak-kanak itu bersama ibunya dan berharap ada pihak tampil membantu mereka.

Bahkan, ada segelintir pengguna laman sosial turut memetik nama beberapa selebriti Indonesia yang dikenali dengan sifat pemurah antaranya aktor, Baim Wong supaya menghulurkan bantuan kepada dua beranak itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI