fbpx

Malaysia kutuk pembunuhan sukarelawan Mapim – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kiri) bersama Kon Yeow (kanan) ketika menghadiri menghadiri mesyuarat khas pembangunan Pulau Pinang di Bayan Lepas, hari ini.

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kezaliman Israel terhadap sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang sedang menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.

Beliau berkata, kerajaan secara rasmi mengeluarkan bantahan keras terhadap keganasan berterusan yang dilakukan rejim Israel itu.

“Kita mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas sukarelawan MAPIM yang bertugas untuk kemanusiaan, membantu pesakit dan sebagainya,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, seramai lapan petugas kemanusiaan MAPIM terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada Sabtu.

Serangan itu berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan ketika mereka mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.

Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenal pasti sebagai Mahmoud Yahya Al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed Al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu Matar dan Ahmad Hamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI