fbpx

Pemandu e-hailing, teksi saling bertumbuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua pemandu saling merakam video ketika bertengkar. - Kompas/Seputar Jaksel

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan pergaduhan antara pemandu teksi dengan pemandu e-hailing gara-gara berebut parkir, lapor laman berita Detik semalam.

Kejadian berlaku di Jakarta Selatan pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Polis Pancoran, Komisioner Mansur berkata, pergaduhan antara dua pemandu itu bermula selepas kedua-dua mereka saling bertikam lidah dan merakam video.

“Mereka berebut parkir yang biasanya digunakan oleh kenderaan e-hailing. 

“Tiba-tiba sahaja ada teksi elektrik mahu parkir di situ dan tiada ruang kosong untuknya. Ia menyebabkan kekecohan berlaku dan mereka saling memukul,” katanya.

Tambah Mansur, kedua-dua pihak sudah membuat laporan polis, manakala kes itu sedang disiasat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI