fbpx

Jambatan terkecil hubungkan 2 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan El Marco menghubungkan Sepanyol dan Portugal. - Oddity Central

MADRID  – Sebuah jambatan menghubungkan dua perkampungan di dua negara digelar jambatan antarabangsa terkecil dunia, bersaiz 6 meter panjang dan lebar 1.45 meter, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Jambatan El Marco menghubungkan kampung El Marco di Sepanyol dan kampung Varzea Grande di Portugal sekali gus pintu sempadan dua negara.

Dengan hanya beberapa langkah, seseorang bukan hanya menyeberang dari satu negara ke negara lain, malah zon waktu turut bertukar.

Pernah menjadi jeti digunakan oleh penyeludup dari Sepanyol dan Portugal, rupa bentuk semasa Jambatan El Marco bermula sejak 2008 apabila ia dibina menggunakan dana komuniti. 

Perjanjian Schengen menjadikan persimpangan antara dua negara Kesatuan Eropah itu bebas dan mudah diakses oleh semua orang, justeru kegiatan penyeludupan tidak lagi berlaku.

Oleh kerana saiznya kecil, El Marco hanya membenarkan lalu lintas pejalan kaki dan kenderaan dua roda seperti basikal dan motosikal skuter. 

Selain digunakan penduduk tempatan, jambatan tersebut juga merupakan tarikan pelancongan yang popular. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI