fbpx

[VIDEO] ‘Dashcam itu penting’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian langgar lari melibatkan dua pelajar sekolah di sebuah kawasan perumahan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna aplikasi X berkongsi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan dua remaja menaiki motosikal dalam kejadian langgar lari di sebuah kawasan perumahan.

Tanpa memohon maaf dan rasa ingin bertanggungjawab, remaja berkenaan dengan segera memecut laju untuk melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan.

Situasi itu menyebabkan pemandu terkejut sekali gus bingung dan tidak sempat memeriksa kenderaannya ketika kejadian berlaku.

Menerusi video dimuat naik di media sosial, dua pelajar sekolah tersebut kelihatan tidak fokus tanpa memberi perhatian kepada jalan sebelum melanggar kenderaan terbabit dari arah belakang.

Bagaimanapun, dua remaja sekolah itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial memberikan reaksi marah terhadap tindakan dua remaja tersebut yang boleh mendatangkan bahaya.

“Pantang lepa tu,” balas @Gagakhitam7749

“Pentingnya dashcam sekarang,” kata @Nabzakeri.

“Tak tau nak kesian ke nak gelak…akulaaaa,” komen @Sahrinmission.

Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 175,000 tontonan, 558 ulang ciap dan 1,800 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN