fbpx

Cuaca buruk di Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca buruk di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kelantan di kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Di Terengganu hujan lebat dijangka berlaku di Besut, Setiu dan Kuala Nerus manakala, di Pahang pula di kawasan Temerloh, Maran dan Rompin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI