fbpx

Penjawat awam direman minta, terima rasuah RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjawat awam direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,500.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500.

Menurut sumber, tindakan itu adalah sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.

“Perintah reman selama enam hari sehingga 23 Mac terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

“Suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir menberikan keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2024 sebagai dorongan untuk membantu seorang pemilik kediaman menyelesaikan kompaun ubah suai rumah yang dilaksanakan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Suspek disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2,500 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI