fbpx

Bayern didakwa punca Min-jae cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIN-JAE (kanan) dikatakan mengalami kecederaan ketika menentang Leverkusen pada 11 Mac lalu. - AFP

SEOUL – Tonggak pertahanan tengah Bayern Munich, Kim Min-jae terpaksa diketepikan daripada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 disebabkan mengalami kecederaan tendon Achilles.

Masalah itu menyebabkan Min-jae, 28, terlepas bermain aksi terakhir Bayern yang menyaksikan pendahulu Bundesliga tersebut sekadar seri 1-1 dengan Union Berlin pada Sabtu lalu.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany antara individu didakwa menjadi punca utama kecederaan dialami Min-jae kerana memberikan beban kerja terlalu banyak kepada bekas bintang Napoli itu dalam sesi latihan.

Ketua jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo berang dengan situasi itu dan menempelak Bayern kerana beliau tidak dapat menggunakan khidmat Min-jae untuk dua aksi menentang Oman serta Jordan.

“Bayern gagal melindungi Kim (Min-jae) dengan sebaiknya dalam aspek pencegahan kecederaan. Min-jae bukan sahaja pemain penting buat Bayern Munich, tetapi juga bagi pasukan kebangsaan kami,” katanya.

Difahamkan, Min-jae mengalami masalah tersebut ketika bermain selama 84 minit dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Bayer Leverkusen pada 11 Mac lalu.

Myung-bo merasakan Bayern tidak sepatutnya merehatkan Min-jae disebabkan tanda-tanda jelas dia tidak berada pada kondisi terbaiknya memandangkan mereka sudah memiliki kelebihan tiga gol ke atas Leverkusen.

Kini, Korea Selatan perlu turun beraksi tanpa Min-jae menentang Oman malam esok dan Jordan pada Selasa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN