fbpx

Tahanan lokap Balai Polis Mantin positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seramai 16 orang tahanan dalam lokap Balai Polis Mantin, di sini disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab Rahman , mereka yang dikenal pasti itu merupakan kontak rapat kepada seorang tahanan lelaki yang telah diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka.

 

MOHD. FAZLEY

Katanya, tahanan yang didapati positif Covid-19 setelah dihantar ke sebuah penjara di utara Semenanjung Malaysia.

“16 tahanan ini akan dipindahkan oleh Kementerian Kesihatan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Penjara Sungai Buloh, Selangor dengan kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mendapat kerjasama daripada Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dalam mengawal penularan pandemik Covid-19 di kalangan warga IPD Nilai dan juga tahanan yang berada di sana.

“Seramai 31 anggota IPD Nilai yang dikenal pasti menjadi kontak rapat kepada tahanan ini telah disaring dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Semua balai-balai polis dan bangunan pentadbiran IPD Nilai masih beroperasi seperti biasa setelah disanitasi,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI