fbpx

Kafe milik Intan Najuwa habis ais, ‘customer’ belikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular wanita beli ais di premis lain selepas kafe milik Intan Najuwa kehabisan bekalan.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan sanggup membeli ais di premis lain selepas kafe milik Intan Najuwa kehabisan bekalan semata-mata tidak mahu terlepas minuman kegemarannya.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @SalimahKobis, dia sanggup membeli ais sendiri di sebuah premis berdekatan bagi mempercepatkan proses pembelian air di kafe berkenaan.

“Lepak kafe Intan Najuwa ais batu habis, tidak apa, biar aku yang pergi beli ais batu di 7Eleven,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai merasakan terhibur dengan telatah rakaman yang dimuat naik wanita berkenaan yang menyifatkan sangat memahami.

“Suka la macam ini, kadang benda tu tak perasan nak habis, suka pelanggan macam ni, pernah kena maki sebab ais batu habis, trauma aku kerja kat cafe,” komen @Potato.

“Sangat memahami dan baik pelanggan macam ni, tak semua ya boleh buat macam ni, kadang-kadang ada yang suka marah-marah kalau tentang ais habis la apa la, moga murah rezeki awak,” balas @Wonufication. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI