fbpx

Amaran hujan di empat negeri sehingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah sehingga jumaat ini.

Menurut MetMalaysia, hujan berterusan sehingga khamis ini dengan kawasan dijangka terjejas di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song & Kapit) dan Bintulu.

“Amaran hujan berterusan tersebut dikeluarkan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sabah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya.

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor dan Sabah berkuat kuasa daripada khamis hingga jumaat ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI