PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial Indonesia mahu Malaysia ‘menjajah’ negara mereka gara-gara harga cukai jalan (roadtax) yang murah dikenakan bagi kenderaan Toyota Avanza.
Permintaan itu disuarakan oleh mereka selepas hantaran dimuat naik pada Instagram trendingbuzz.id berhubung perbandingan pembelian Toyota Avanza di Malaysia dan Indonesia.
Berdasarkan maklumat itu, ia menunjukkan pembiayaan dikenakan kepada warga Indonesia adalah tinggi berbanding di Malaysia.
Ekoran itu, ramai daripada pengguna media sosial Indonesia meminta Malaysia datang ‘menjajah’, bahkan ada yang berseloroh ‘mempertikaikan’ mereka dilahirkan sebagai rakyat Indonesia dan bukannya Malaysia selain ada juga mahu berpindah ke negara ini.
“Duh jadi pengen dijajah Malaysia. Semua serba murah,” ujar individu dari Indonesia.
“Tolong jajah kami sodara Malaysia,” komen seorang lagi rakyat Indonesia.
“Saya ikhlas Indonesia diambil alih Malaysia. Silakan ambil kami Malaysia. Ya udah, ambil ajah kebetulan saya tinggal di Kalimantan. Capek dijajah negara sendiri,” kata seorang lagi pengguna Instagram Indonesia.
“Mau bilang lahir salah negara, dicap gak merah putih (warna bendera Indonesia). Pengen jiwa merah putih, tapi kok gini-gini amat hidup yak,” ujar seorang individu warga Indonesia.
“Ayah kenapa kita WNI (warga negara Indonesia),” komen seorang rakyat Indonesia. – KOSMO! ONLINE