fbpx

[VIDEO] ‘Dia boleh mari lepung. Ada ore dalam tu be’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular saksi menceritakan kemalangan melibatkan dua lori muatan pasir dan kapas di KM 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pada pagi tadi.

PETALING JAYA – “Allahuakbar, lori ni boleh mari (datang) tepuh (langgar) belake (belakang) macam gitu. Lajunya mari,” kata seorang saksi kejadian kemalangan membabitkan dua lori masing-masing membawa muatan pasir dan kapas di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pagi tadi.

Menerusi video tular di media sosial, lelaki tersebut bercerita kejadian kemalangan tersebut menggunakan dialek Kelantan.

“Dia boleh mari, kito tengah tidur. Dia boleh mari lepung (datang dengan laju). Ada ore dalam tu be (abang), belakang tu be. Habis.

“Nak lari kot palo (kepala lori) tak boleh lari doh. Terbakar siap. Allahuakbar, laju mari tepuh belakang kito, Allahuakbar.

“Oh gila, hentian Tapah. Allah, Allah, Allahuakbar,” kata lelaki tersebut, namun tidak diketahui identitinya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, dua lelaki mati terbakar dalam kemalangan membabitkan dua lori masing-masing membawa muatan pasir dan kapas di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pada pukul 7.46 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, berlaku kebakaran melibatkan sebuah lori muatan pasir yang melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan kapas.

Dua mangsa yang meninggal dunia melibatkan bapa dan anak iaitu seorang lelaki berusia sekitar 40-an dan anaknya, kelindan lelaki berusia sekitar 20-an.

Pemandu lori muatan kapas pula tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI