fbpx

Pemandu, kelindan lori maut terbabas di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa muatan pakaian pekerja kilang dinaiki terbabas di kilometer 226.3 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi. Foto PDRM

REMBAU – Seorang pemandu dan kelindan maut apabila lori membawa muatan pakaian pekerja kilang yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 226.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu, mangsa berusia 32 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati lori jenis Mitsubishi Fuso yang dipandu seorang lelaki bersama kelindan dalam perjalanan dari arah Melaka menuju ke Senawang.

“Sebaik tiba di lokasi itu, kenderaan berat tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik ke laluan kecemasan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mayat dua lelaki tersebut dibawa ke Unit Forensik, Hospital Rembau di sini untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI