PETALING JAYA – Amaran kategori pertama laut bergelora dan angin kencang dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter (m) dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat bermula esok.
Fenomena itu dijangka berlarutan selama tiga hari hingga Jumaat.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras laut yang berisiko membawa limpahan air laut di pesisir pantai dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak Barat.
Mengenai cuaca terkini, MetMalaysia memaklumkan, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat, Labuan dan Sabah Timur sehingga 2 petang ini.
“Cuaca buruk ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5m dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya. – KOSMO! ONLINE