fbpx

Tekong darat diupah RM500 seludup PATI guna laluan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan asing menerusi Op Pagar di perairan Kelantan dekat Pasir Puteh semalam. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

PASIR PUTEH – Seorang tekong darat menerima upah sebanyak RM500 bagi setiap seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup masuk ke negara ini melalui laluan laut.

Pendedahan itu dibuat seorang lelaki berusia 45 tahun selepas dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan dalam operasi pada pukul 2 pagi di Sungai Kelantan berdekatan Kampung Banggol, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam.

Pengarah APMM Kelantan, Kapten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, anggota bertugas pada awalnya tidak mengesan sebarang pergerakan mencurigakan semasa melakukan rondaan selepas menjalankan intipan dan risikan.

Katanya, apabila memberhentikan bot untuk membuat pemantauan, anggota mengesan sebuah bot yang dikemudi suspek yang dipercayai membawa PATI.

“Sebaik sahaja bot mendarat di tebing sungai, tekong itu ditahan, namun enam PATI sempat melarikan diri sebelum menaiki kenderaan yang menunggu di lokasi pendaratan.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah,” katanya ketika ditemui sewaktu menjalankan pemantauan Op Khas Pagar Laut di perairan Kelantan di sini malam tadi.

Erwan Shah memberitahu, lelaki itu mengaku mengambil upah RM500 bagi setiap PATI yang diseludup masuk ke negara ini melalui perairan Kelantan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi turut menjumpai beg tangan mengandungi pasport Myanmar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI