PETALING JAYA – Orang ramai yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ( TAR), Kuala Lumpur panik apabila seorang wanita yang memakai jubah berwarna hitam dipercayai pesakit mental mengamuk semalam.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @HadzwanHisham, wanita itu dilihat membaling kerusi dan meja sehingga mengundang rasa takut dalam kalangan orang ramai.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai bersimpati dengan wanita tersebut, namun ada sesetengah pihak menganggap kelakuannya mungkin disebabkan oleh masalah tekanan mental.
“Hati-hati ya, orang yang ada masalah mental ni tenaga mereka melebihi orang yang sihat, kalau tidak kena cara, boleh mencederakan orang sekeliling.
“Nak bagi dia bertenang, tak semudah itu, ada teknik yang tertentu,” komen @ArianaMikhail.
“Bahaya kalau dia dah mengamuk, apa yang ada kat situ pasti dia capai dan akan terkena orang awam yang ada kat situ,” balas @Sakura. – KOSMO! ONLINE
@hadzwan9jalan TAR problem 🤣 tengah syok makan roti canai dia terbalikan meja kita😅