fbpx

Dua lelaki dicekup seludup 40 tan beras putih Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian beras yang disyaki diseludup dari negara jiran dirampas Briged Utara PGA di Jitra pada kelmarin.

JITRA – Tindakan dua lelaki tempatan menyeludup 40 tan beras putih dari negara jiran menerusi sempadan Rantau Panjang, Kelantan gagal apabila dicekup di satu lokasi di sini kelmarin.

Dua suspek berusia 30 dan 34 tahun itu ditahan Cawangan Risik Ibu Pejabat Risik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 4 petang.

Treler dinaiki mereka yang membawa muatan beras seludup tersebut diekori anggota PGA dari Hentian Banjaran Titiwangsa hingga ke lokasi penahanan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, tangkapan dan rampasan dilakukan Cawangan Risik Ibu Pejabat Risik Briged Utara PGA hasil operasi penguatkuasaan Kawalselia Padi dan Beras.

“Kita berjaya menahan dua lelaki tempatan bersama rampasan muatan 40 tan beras putih yang disyaki diseludup masuk dari negara jiran melalui Rantau Panjang.

“Beras itu dibawa ke kawasan sebelah utara untuk dipasarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya percaya beras itu akan dibawa ke kilang sekitar Jitra untuk dibungkus semula.

“Beras dirampas dianggarkan bernilai RM160,000, manakala treler pula RM350,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta 522-Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI