fbpx

[VIDEO] Dua beranak rentung dalam lori dekat Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan dua mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pada pukul 7.46 pagi tadi.- FOTO IHSAN JBPM PERAK

TAPAH – Dua lelaki mati terbakar dalam kemalangan membabitkan dua lori masing-masing membawa muatan pasir dan kapas di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan di sini pada pukul 7.46 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, berlaku kebakaran melibatkan sebuah lori muatan pasir yang melanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan kapas.

“Maklumat dari ketua operasi terdapat seorang mangsa ditemui mati terbakar iaitu pemandu lori muatan pasir manakala seorang lagi mangsa iaitu anak pemandu ditemui tersepit di bawah kepala lori dan didapati mati terbakar dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

“Operasi memadam kebakaran masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, dua mangsa yang meninggal dunia itu ayah dan anak iaitu seorang lelaki berumur sekitar 40-an dan anaknya, kelindan lelaki berumur sekitar 20-an.

Pemandu lori muatan kapas pula tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI