fbpx

Harap Faisal Halim berada dalam skuad utama Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim sudah melapor diri dalam kem latihan pusat Harimau Malaya di Johor Bahru semalam. - Foto ihsan Malaysia NT

SHAH ALAM – “Saya harap Faisal Halim jadi kebelasan utama pasukan negara,”

Demikian kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi terhadap prestasi pemain dikenali Mickey itu yang kembali meningkat setelah kembali bermain sejak Ogos lalu.

Menurut beliau, kesungguhan dan tekad Mickey kembali menjadi pemain disegani terserlah meskipun berdepan tragedi hitam sebelum ini.

“Malah pada minggu lalu, beliau berjaya menjaringkan tiga gol menentang pasukan Kelantan Darul Naim (KDN).

“Ini menunjukkan Faisal sudah bersedia untuk kembali beraksi dalam skuad kebangsaan. Beliau semakin mendapat keyakinannya untuk bermain bola sepak di peringkat tertinggi,” katanya pada Majlis Iftar Belia Selangor 2025 malam tadi.

Minggu lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan 27 pemain yang dipanggil bagi menjalani kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Nepal bagi perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia 2027 pada 25 Mac ini.

Faisal antara enam pemain Selangor FC yang dipilih jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, sekaligus menamatkan penantiannya untuk dipanggil dalam skuad kebangsaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI