MOSCOW – Seorang lelaki di Russia mencatatkan rekod sebagai pesara paling muda di negara itu apabila mula berpencen pada usia 23 tahun, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Pavel Stepchenko, mula menyertai institusi pengajian di bawah Kementerian Dalam Negeri Russia pada usia 16 tahun dan selepas lima tahun belajar, dia mula berkhidmat.
Pemuda tersebut hanya bekerja di kementerian berkenaan selama dua tahun kerana pada usia 23 tahun, dia secara rasmi bersara.
Stepchenko mengambil peluang sepenuhnya daripada peruntukan khas yang menyatakan bahawa untuk setiap bulan perkhidmatan semasa tempoh undang-undang tentera, seseorang menerima tiga bulan tempoh perkhidmatan yang dikreditkan.
Pada 28 November 2023, mengikut undang-undang Persekutuan Rusia pada masa itu, Stepchenko memohon untuk bersara dan telah dianugerahkan pencen penuh untuk tempoh perkhidmatannya.
Rekod luar biasa itu disahkan secara rasmi oleh pakar dari Agensi Pendaftaran Rekod Antarabangsa (INTERRECORD) dan dicatatkan dalam Book of Records of Russia. – AGENSI