fbpx

Teruskan tadabbur al-Quran, kejar keampunan Allah – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam untuk terus mentadabbur al-Quran dengan mata hati dan mengejar keampunan Allah SWT bersempena dengan sambutan Nuzul al-Quran hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menekankan kepentingan memahami serta menghayati kitab suci itu sebagai panduan hidup bagi mencapai taqwa dan keadilan.

“Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk, bagi hamba-hamba yang bertaqwa, dan bagi yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan sahaja akan merasai kemanisan taqwa,” katanya hari ini.

Anwar turut mengingatkan bahawa wahyu pertama, yakni Iqra’ (Bacalah), menjadi titik permulaan era ilmu yang mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan dan ihsan.

Beliau turut berkongsi petikan ayat 185 daripada surah Al-Baqarah yang menegaskan bahawa Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

“Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatul qadar, malam seribu bulan,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan Salam Nuzul Quran kepada seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI