fbpx

Konate lengkapkan perpindahan ke TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE mampu membentuk gandingan mantap bersama seorang lagi pemain import, Shitembi bagi menguatkan bahagian tengah TFC untuk mengharungi Liga M musim ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PEMAIN lincah kelahiran Mali, Makan Konate melengkapkan kuota lima tonggak import Terengganu FC (TFC) selepas sah menyertai skuad itu pada musim ini.

Pengurus pasukan TFC, Zulfadli Rozi berkata, kehadiran pe­rancang tengah berusia 29 tahun tersebut bakal menyuntik dimensi baharu buat skuad Penyu.

Bekas tonggak Persebaya Surabaya itu juga menurutnya mampu membentuk gandingan mantap bersama seorang lagi pemain import, Petrus Shitembi bagi mengemudi jentera tengah.

“Kehadiran Konate diyakini membolehkan TFC mempamerkan permainan menarik kerana dia bukan sahaja pemain tengah bertenaga malah boleh menjaringkan gol.

“Statistik pada Liga Indonesia yang disertai sebelum ini menyaksikan Konate sebagai antara penjaring terbanyak liga serta percubaan dari luar kotak (penalti),” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Konate yang menandata­ngani kontrak setahun ber­sama TFC bukan nama asing bagi peminat kerana pernah menjadi tonggak pasukan ­T-Team (kini dikenali sebagai TFC II) mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada musim 2016.

Begitupun, kecederaan serius menyaksikan Konate terpaksa berehat panjang sebelum berhijrah ke Indonesia dan menjaringkan 29 gol sejak musim 2018.

Sehubungan itu, Zulfadli berharap Konate dapat meneruskan rentak cemerlang itu bersama TFC pada saingan dalam Liga Super serta Piala AFC.

Beliau berkata, pengalaman beraksi di Malaysia bersama T-Team sebelum ini sudah pasti menjadi kelebihan kepada pemain import baharu tersebut.

“Kita tahu corak permainannya yang rajin, versatil serta dominan dan diharap dapat membantu TFC menjadi pasukan yang lebih baik,” tambah Zulfadli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI