fbpx

Polis buka siasatan bawah ATIPSOM kes lacur remaja di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lapan individu yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan lacur seorang remaja berusia 13 tahun di Kajang minggu lalu, akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dibawa ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Kesemua lapan suspek membabitkan seorang lelaki tempatan dan tujuh warga asing itu akan dibawa ke Mahkamah Kajang esok untuk permohonan reman baru.

“Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes berkenaan, Asisten Superintendan S. Vekram di talian 019-4737108 atau 03-89114222.

Sebelum ini akhbar melaporkan suspek berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki merogol anak kandungnya dan melacurkan remaja itu kepada warga asing sejak pertengahan tahun 2019 sehingga Februari lalu.

Pada masa sama, suspek juga terlibat dalam melacurkan isterinya sendiri.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI