fbpx

Suami isteri cedera langgar gajah melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang dinaiki suami isteri yang terlibat dalam kemalangan melanggar gajah di Jalan Mawai, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri cedera ringan selepas kenderaan jenis Mitsubishi Xpander dinaiki remuk setelah melanggar gajah melintas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam di Jalan Mawai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, selepas pelanggaran itu, haiwan liar tersebut masuk ke dalam hutan.

“Pemandu dan isterinya hanya alami cedera ringan di dagu. Akibat kemalangan itu kenderaan mereka kereta mengalami kerosakan dan pemandunya membuat laporan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci berhubung kejadian tersebut.

Katanya, dua minggu lalu, berlaku kejadian seekor anak gajah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan mengakibatkan haiwan itu mati, manakala pemandunya selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI