fbpx

[VIDEO] Popia ‘big mac’ RM2.50 seperti isi sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Popia ‘big mac’ yang berharga RM2.50 indah khabar dari rupa

PETALING JAYA – Seorang pembeli meluahkan kekecewaanya selepas membeli popia ‘big mac’ yang indah khabar dari rupa yang dijual pada harga RM2.50 sebiji.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Nasirlefty, popia yang dibelinya hanya mempunyai saiz yang kecil dan isi daging yang sedikit.

“Bazar tempat anda memang macam ini ke saiznya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati apabila popia itu berharga RM2.50 tetapi saiz seperti popia sayur.

“Buat sendiri lebih baik puas hati. Waktu bulan Ramadan ramai yang mengambil kesempatan,” kata @Rizalaiman.

“Orang biasa jual harga RM2.50 memang besar isi banyak, ini RM1 cukuplah,” komen @Norhidanamiswan.

“Sebab inilah aku malas beli di bazar sebab aku harapkan lain tapi bila makan lain,” ujar @Onlynw – KOSMO! ONLINE

@nasirlefty Popia Big Mac katanya..😏😖 #bazarramadan #bazar2025 #popiabigmac #ramadan2025 #videoviralitiktok ♬ suara asli – malikmusikstudio1

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI